Posts

Showing posts with the label maritim

Maritim Malaysia akan Pamer OSV Terbaharu

Image
Maritim Malaysia akan Pamer OSV Terbaharu 04 Maret 2017 KM Pekan ex  JCG Erimo PL 02 (all photos : Lowyat) KLANG  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Ma­ritim Malaysia) akan mempamerkan dua kapal peronda pesisir pantai (OSV) terbaharu miliknya pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang berlangsung mulai 21 hingga 25 Mac ini. Ketua Pengarah­nya, Laksamana Ma­ritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, salah sebuah OSV yang bakal dipamerkan iaitu KM Pekan disumbangkan oleh kerajaan Jepun manakala sebuah lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan bulan Mac. “Kedua-dua kapal ini akan menyertai perbarisan armada dalam pameran berkenaan. Pada masa sama, kita akan membuat kejutan lain dengan menonjolkan kemampuan Maritim Malaysia dalam mengawal selia perairan negara ini. “Usaha ini termasuklah me­lakukan demonstrasi aset-aset kita melibatkan tugasan di permukaan air dan pesawat udara,” katan...

MAJLIS Serah Terima Kapal JCG Erimo PL 02 (KM Pekan) Kepada Maritim Malaysia Berjalan Lancar

Image
MAJLIS Serah Terima Kapal JCG Erimo PL 02 (KM Pekan) Kepada Maritim Malaysia Berjalan Lancar 21 Desember 2017 JCG Erimo PL 02 (photo : Livedoor) PULAU INNOSHIMA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia hari ini melakar lagi sejarah baharu apabila dengan secara rasminya menerima Kapal JCG Erimo PL 02 dari Japan Coast Guard (JCG). Majlis serah terima kapal  berlangsung lebih kurang jam 12 tengahari tadi (waktu Malaysia) di Limbungan Pulau Innoshima, Jepun. Pegawai Memerintah JCG Erimo PL 02 Captain Yamamoto secara rasminya telah menyerahkan kapal tersebut kepada Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan selaku Pegawai Memerintah KM Pekan. Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan, Pengarah Cawangan C3I Maritim Malaysia bersama barisan Pegawai Maritim Malaysia serta anak kapal JCG Erimo PL 02. ( APMM ) Militer Indonesia