ATM akan Diperkasakan Sebelum 2020 - Hishammuddin
ATM akan Diperkasakan Sebelum 2020 - Hishammuddin 26 Januari 2017 Eurofighter Typhoon salah satu kandidat pesawat MRCA (photo : Airsoc) SHAH ALAM - Tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diperkasakan sebelum 2020 bagi memastikan angkatan itu memiliki kelebihan dalam mendepani apa juga ancaman yang boleh mengugat keselamatan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi tujuan beberapa perolehan aset tempur terbaharu terutamanya bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diberi perhatian khusus. “Biar ATM teliti perkara ini kerana mereka pengguna dan sebagai Menteri Pertahanan, saya akan pastikan rundingan terbaik untuk negara dan aset yang terbaik untuk tentera kita,” katanya ketika berucap merasmikan Retreat Hala Tuju Kementerian Pertahanan di sini hari ini. ( Utusan ) Perkasakan ATM : Perolehan MRCA, MPA, MRSS SHAH ALAM - Perolehan pesawat pejuang pelbagai perana...